Saturday, May 26, 2012 | 11:17 PM | 0 Atasinchi
Assalamualaikum *ketuk pintu*
Hari Ahad so boring. Sila korek hidung kalau anda setuju :-D
Hari Rabu umi ayah nak pergi umrah :'/ saya terpaksa ikut along pergi Shah Alam stay dekat rumah dia. Nanti bila dia pergi kerja,saya duduk rumah ternak lemak jelah. Weekend baru pergi jenjalan. Huhhhhhhhhhh damn bored -,- Harith,abangah,haziq duduk kat rumah. Mean rumah kat Labis. UNTUNGLAH *muka jelly*
Last week,Izzah cafe kena boikot. wuhuuuuu cerita hot cerita hot.
Hari Ahad semua pakat supaya hari isnin jangan pergi cafe. Akak KA kata siapa pergi siaplah! WoA taKuWt IteWW tAw. Nasib baik hari isnin tu exam so ramai yang terus pergi solat dhuha dekat surau. Tak ada sorang pun yang pergi cafe. Makanan memang berlambak ahh kan. So koperasi penuh dengan bebudak yang nak beli ais krim. K ni sumpah kelakar. Korang yang taktau cerita ni mesti tertanya-tanya why kitorang boikot cafe kan? SABO SABO nanti aku cerita.
Otw masa saya balik daripada koperasi tetibe cikgu comel,Cikgu Mokhtar lalu. Dia tanya budak belakang saya "Ni mana awak beli ais krim ni?" Kat koperasi leww cikgu takkan budak tu buat sendiri pulak -,- *aku jawab dalam hati je mampus kena buku lima kat perut kang* hahahaha. Dengan muka ketatnya *ehh jarang dapat tengok dia senyum* terus blaa. Ingatkan nak sound budak koperasi,rupanya dia terus pergi cafe.
Sebelum paper two BM start,kitorang ada ulangkaji satu jam. Ehh satu jam kot tak ingat. Suddenly pak din masuk cakap pasal pahala. lol. Kenapa pak din ni demam ke apa?
Rupanya dia suruh kitorang pergi cafe beli makanan. HANCUR PLAN HANCUR HANCUR! Dengan muka tak rela terpaksa pergi demi pahala. Budak lelaki semua pergi tapi tak makan,diorang pusing je. Haha kejam. Budak perempuan duduk diam-diam dalam kelas. Cikgu Mokhtar masuk "Ni kenapa tak pergi cafe? Puasa ke? Blablabla......" Saya angguk je padahal atas meja ada botol air :-D
Lepas habis paper BM,announcemet pelajar FORM1,2,3,4 pergi anjung ilmu. Kecoh habis. Rasa macam perhimpunan Bersih 3.0. Hewhew. Cikgu Mokhtar tak habis-habis back-up Izzah cafe,bukannya nak back-up kitorang *muka marah* Antara masalah yang student telah list-kan :
Makanan,minuman mahal melampau.
Sudu,garfu tak ada.
Sambal ada lalat.
Straw digunakan semula -,-
Kawasan cafe kotor.
Tak layan pekerja dengan baik.
Makanan yang tak habis disimpan then goreng balik untuk esok.
Ayam kecik tapi mahal.
Air tawar.
Tak bagi duit baki.
Sebenarnya banyak lagi tapi tak ingat. Nak dipendekkan cerita,esokknya still tak ramai yang pergi cafe. HAHAHAHA. Sekarang cafe dah okay sikit lah,sikit je :-P Korang faham ke cerita saya ni?
Hari Khamis pulak kes keracunan makanan kat Dewan Makan berpunca daripada mee sup malam rabu tu. Jabatan Kesihatan datang sekolah,kecoh lagi. Masalah masalah *geleng kepala*
Macam mana nak dapat sekolah Kluster ni? -.-
Tengok video ni. Sumpah korang gelak macam orang gila hahahahaha.